Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu 2022

Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu 2022 telah diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu yang bakal memberi manfaat kepada penjawat awam di negeri Terengganu. Bantuan ini akan disalurkan kepada kakitangan awam yang berkhidmat di negeri Terengganu dalam menghargai jasa dan dedikasi mereka berkhidmat kepada rakyat negeri itu. Di samping itu, rakyat Terengganu yang layak juga bakal menerima bantuan menerusi program i-Fitri.

Nota penting: Latar belakang gambar feature di atas adalah sumber daripada Unsplash oleh Mohd Nasiruddin Mohd Nasir

Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu
Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu Sumber Sinar Harian

Isi Kandungan

Apa Itu Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu?

Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu ialah satu bentuk bantuan kewangan buat penjawat awam di negeri Terengganu bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan perkara berkenaan bantuan ini baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM65.9 juta bagi pemberian bantuan khas Aidilfitri Terengganu kepada rakyat negeri tersebut. Jumlah peruntukan itu bukan sahaja merangkumi bantuan khas Aidilfitri buat penjawat awam, tetapi bahagian besar daripadanya adalah untuk program bantuan i-Fitri. (Sumber: Utusan Malaysia)

Soalan Lazim

Bila Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu 2022 Akan Dibayar?

Menurut Menteri Besar Terengganu dalam kenyataannya yang dipetik daripada Astro Awani, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 25 April 2022.

Siapakah Penerima Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu 2022?

Bantuan Khas Aidilfitri ini akan memberi manfaat kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah yang berkhidmat di Terengganu.

Apakah Beza Bantuan Ini dengan i-Fitri?

Bantuan Khas ini adalah untuk penjawat awam negeri Terengganu, manakala Bantuan i-Fitri pula adalah untuk rakyat negeri Terengganu yang menepati syarat-syarat kelayakan. Anda boleh baca lebih lanjut tentang bagaimana cara untuk membuat permohonan i-Fitri DI SINI.

Berapakah Kadar Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu 2022?

Bantuan yang akan diterima bagi kakitangan awam adalah sebanyak RM500 setiap orang.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan i-Fitri yang akan memberi bantuan antara RM250 hingga RM400, sila klik pautan ini: Bantuan i-Fitri

Berapakah Jumlah Peruntukan Terlibat?

Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu 2022 ini bakal melibatkan seramai 13,827 orang penjawat awam di negeri Terengganu (gred 56 dan ke bawah). Peruntukan disediakan adalah sebanyak RM6.91 juta daripada keseluruhan peruntukan RM65.9 juta untuk bantuan khas bersempena Aidilfitri.

RM58.99 juta adalah khusus untuk Bantuan i-Fitri yang bakal memberi manfaat kepada 150,947 orang penerima daripada kategori A dan B.

Senarai Bantuan Khas Aidilfitri Terkini

Diharap perkongsian kami ini dapat memberi khabar gembira buat rakyat negeri Terengganu termasuk penjawat awam, dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pun begitu, selain daripada Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu 2022, ada beberapa Bantuan Khas bersempena Hari Raya Puasa lain yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam bersedia menyambut bulan Syawal kelak, antaranya adalah:

  1. Bantuan Khas Aidilftri untuk semua penjawat awam telah diumumkan Perdana Menteri dan bakal memberi manfaat kepada semua kakitangan kerajaan seluruh negara, termasuklah pesara kerajaan. Baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam
  2. Menteri Besar Kedah telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam di Kedah, dan beberapa golongan tertentu. Untuk membaca mengenainya, klik pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022
  3. Kerajaan Negeri Selangor bakal membayar bantuan kewangan khas Aidilfitri pada akhir bulan April, untuk manfaat semua kakitangan awam di negeri itu. Maklumat lanjut boleh anda dapati di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
  4. Menteri Besar Pahang baru-baru ini mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam di negeri itu. Anda boleh baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022
  5. Kerajaan Negeri Johor baru sahaja mengumumkan pakej bantuan khas mengandungi 28 insentif dan geran untuk pelbagai lapisan masyarakat negeri Johor, dinamakan Bantuan Kasih Bangsa Johor. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pautan ini: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
  6. Menteri Besar Perak telah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam di negeri Perak, dan RM500 kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Boleh baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022

Dengan perkongsian kami, diharap anda dapat maklumat terkini berkenaan bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat Malaysia. Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia buat semua pembaca TCER.my.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More