Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Aidilfitri Sabah 2022

Bantuan Khas Aidilfitri Sabah 2022 telah diumumkan Ketua Menteri Sabah awal bulan ini, khusus untuk penjawat awam bertugas di negeri Sabah. Bantuan ini bakal memberi manfaat bukan sahaja kepada penjawat awam, malahan pesara juga bakal menerima bantuan kewangan khas sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

Nota penting: Latar belakang gambar feature di atas adalah sumber daripada Unsplash oleh Ryan ‘O’ Niel

Bantuan Khas Aidilfitri Sabah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Sumber : MapsUs.net

Isi Kandungan

Apa Itu Bantuan Khas Aidilfitri Sabah?

Bantuan Khas Aidilfitri Sabah bagi tahun 2022 adalah satu bentuk bantuan kewangan khas untuk penjawat awam di negeri Sabah bersempena dengan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan juga Pesta Kaamatan yang bakal tiba nanti. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah menguumkan perkara berkenaan bantuan ini pada 6 April 2022 yang lalu. Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada penjawat awam di negeri Sabah serta pesara. (Sumber: Astro Awani)

Sumber Video: Youtube Astro Awani

Soalan Lazim

Siapakah Penerima Bantuan Khas Aidilfitri Sabah 2022?

Bantuan Khas Aidilfitri Sabah ini akan memberi manfaat kepada golongan berikut:

  1. Semua penjawat awam yang berkhidmat di negeri Sabah gred N54 ke bawah
  2. Pesara awam

Berapakah Kadar Bantuan Khas Aidilfitri Sabah 2022?

Bantuan yang akan diterima mengikut golongan yang disenaraikan di atas adalah seperti berikut:

  • Penjawat awam negeri Sabah (Gred N54 ke bawah) : RM500 setiap orang
  • Pesara kerajaan : RM250 setiap orang

Senarai Bantuan Khas Aidilfitri Terkini

Diharap perkongsian kami ini dapat memberi khabar gembira buat kakitangan awam di negeri Sabah, dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan. Untuk makluman semua, selain Bantuan Khas Aidilfitri Sabah 2022, ada beberapa Bantuan Khas bersempena Hari Raya Puasa lain yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam bersedia menyambut bulan Syawal. Di sini kami kongsikan senarai Bantuan Khas Aidilfitri yang telah diumumkan:

  1. Bantuan Khas Aidilftri untuk semua penjawat awam telah diumumkan Perdana Menteri dan bakal memberi manfaat kepada semua kakitangan kerajaan seluruh negara, termasuklah pesara kerajaan. Baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam
  2. Menteri Besar Kedah telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam di Kedah, dan beberapa golongan tertentu. Untuk membaca mengenainya, klik pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022
  3. Kerajaan Negeri Selangor bakal membayar bantuan kewangan khas Aidilfitri pada akhir bulan April, untuk manfaat semua kakitangan awam di negeri itu. Maklumat lanjut boleh anda dapati di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
  4. Menteri Besar Pahang baru-baru ini mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam di negeri itu. Anda boleh baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022
  5. Kerajaan Negeri Johor baru sahaja mengumumkan pakej bantuan khas mengandungi 28 insentif dan geran untuk pelbagai lapisan masyarakat negeri Johor, dinamakan Bantuan Kasih Bangsa Johor. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pautan ini: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
  6. Penjawat awam berkhidmat di negeri Terengganu bakal menerima bantuan kewangan khas Aidilfitri, berjumlah RM500 pada 25 April nanti. Baca lebih lanjut di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu 2022
  7. Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM7.9 juta untuk bantuan khas Aidilfitri buat penjawat awam dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 25 April nanti. Maklumat lanjut boleh didapati di pautan berikut: Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022

Dengan perkongsian kami, diharap anda dapat maklumat terkini berkenaan bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat Malaysia. Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia buat semua pembaca TCER.my.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More