Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tol Percuma Hari Raya 2022

Tol Percuma Hari Raya Bersempena Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2022 telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Tol percuma hari raya ini akan berkuatkuasa pada tarikh-tarikh tertentu yang telah ditetapkan.

Isi Kandungan

Tol Percuma Hari Raya Sempena Aidilfitri 2022

Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan tol percuma hari raya serta potongan harga tol sehingga 50 peratus bagi pengguna lebuh raya utama negara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Menurut beliau dalam satu kenyataan media, setelah satu sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya dibuat, persetujuan dicapai untuk melaksanakan tol percuma hari raya yang bakal membabitkan manfaat keseluruhan sebanyak RM77.11 juta yang akan ditanggung bersama oleh pihak kerajaan dan syarikat konsesi.  (Sumber Berita Harian)

Sumber Video: Youtube Buletin TV3

Soalan Penting Berkaitan Tol Percuma Hari Raya 2022

Di sini kami kongsikan antara intipati penting bagi makluman semua berkenaan dengan Tol Percuma Hari Raya untuk tahun 2022.

Bilakah Tarikh Pelaksanaan Tol Percuma Hari Raya?

Pelaksanaan akan dilakukan untuk dua tempoh, iaitu bagi perjalanan pulang ke kampung dan perjalanan pulan semula ke kediaman masing-masing selepas Hari Raya. Berikut adalah maklumat berkenaan tarikh dan masa pelaksanaan tol percuma dan diskaun tol:

  1. 30 April 2022 (12:00 tengah malam) – 1 Mei 2022 (11:59 malam)
  2. 7 Mei 2022 (12:00 tengah malam) – 8 Mei 2022 (11:59 malam)

Lebuhraya Mana Yang Akan Terlibat?

Sebanyak 30 lebuh raya akan terlibat dengan program tol percuma hari raya dan diskaun tol ini. Akan ada lebuh raya yang memberikan tol percuma, manakala yang selebihnya akan memberikan diskaun sehingga 50%. Untuk lebih lanjut, kami kongsikan jadual mudah untuk anda rujuk:

NO

LEBUH RAYA

KADAR DISKAUN

1.

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

TOL PERCUMA

2.

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

3.

Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

4.

Lebuhraya Butterworth – Kulim

5.

Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

6.

Jambatan Pulau Pinang (JPP)

7.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

8.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

9.

Lebuhraya KL – Karak (KLK)

10.

Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

Diskaun 50%

11.

Lebuhraya DamansaraPuchong (LDP)

12.

Lebuhraya CherasKajang (GRANDSAGA)

13.

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

14.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

15.

Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

16.

Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX)

17.

Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)

18.

Projek Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)

Diskaun 30%

19.

Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

20.

Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR)

21.

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworh (LLB)

22.

Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)

23.

Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)

24.

Jambatan Sultan Abdul Halim Mua’adzam (JPP2)

25.

Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

26.

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL – Barat (SPRINT)

27.

Lebuhraya KajangSeremban (LEKAS)

28.

Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)

29.

Lebuhraya SenaiDesaru (SDE)

30.

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

Adakah Masih Perlu Sentuh Kad Touch’n’Go / RFID / Smart Tag?

Untuk pengetahuan semua, anda masih perlu sentuh kad Touch’n’Go, atau melalui lorong RFID bagi yang menggunakan RFID, dan lorong Smart Tag bagi yang menggunakan Smart Tag apabila memasuki lebuh raya dan keluar daripada lebuh raya.

Tiada bayaran akan ditolak daripada kad anda atau e-wallet untuk tarikh yang telah disebut di atas. (Sumber Berita Harian)

Peringatan: Pastikan anda semak baki kad / e-wallet anda, dan status kad Touch’n’Go anda sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesesakan di lorong tol.

Tol Percuma Hari Raya 2022
Rancang Perjalanan Anda Bagi Elak Kesesakan. Foto Hiasan Sumber Berita Harian

Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Aidilfitri 2022

Pihak Lebuhraya Utara Selatan juga telah keluarkan satu jadual Cadangan Waktu Perjalanan bagi tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengelakkan kesesakan yang terlampau, dan memastikan perjalanan anda adalah lancar.

Cadangan Waktu Perjalanan ini adalah untuk perjalanan pulang ke kampung, dan perjalanan pulang ke bandar/kediaman masing-masing selepas Hari Raya.

Tol Percuma Hari Raya 2022
Sumber Paul Tan’s Automotive News

Senarai Bantuan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2022

Di sini kami ingin kongsikan dengan anda beberapa bantuan yang telah dilancarkan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini:

  1. Bantuan Khas Aidilftri untuk semua penjawat awam telah diumumkan Perdana Menteri dan bakal memberi manfaat kepada semua kakitangan kerajaan seluruh negara, termasuklah pesara kerajaan. Baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam
  2. Menteri Besar Kedah telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam di Kedah, dan beberapa golongan tertentu. Untuk membaca mengenainya, klik pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022
  3. Kerajaan Negeri Selangor bakal membayar bantuan kewangan khas Aidilfitri pada akhir bulan April, untuk manfaat semua kakitangan awam di negeri itu. Maklumat lanjut boleh anda dapati di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
  4. Menteri Besar Pahang baru-baru ini mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam di negeri itu. Anda boleh baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022
  5. Kerajaan Negeri Johor baru sahaja mengumumkan pakej bantuan khas mengandungi 28 insentif dan geran untuk pelbagai lapisan masyarakat negeri Johor, dinamakan Bantuan Kasih Bangsa Johor. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pautan ini: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
  6. Penjawat awam berkhidmat di negeri Terengganu bakal menerima bantuan kewangan khas Aidilfitri, berjumlah RM500 pada 25 April nanti. Baca lebih lanjut di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu 2022
  7. Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM7.9 juta untuk bantuan khas Aidilfitri buat penjawat awam dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 25 April nanti. Maklumat lanjut boleh didapati di pautan berikut: Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022
  8. Penjawat Awam di Sarawak bakal menerima Bantuan Khas Aidilfitri Sarawak tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, boleh layari pautan berikut: Bantuan Khas Aidilfitri Sarawak 2022

Dengan perkongsian kami, diharap anda dapat maklumat terkini berkenaan bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat Malaysia, termasuklah tol percuma hari raya 2022. Selamat pulang ke kampung buat semua pembaca Tcer.my, dan selamat menyambut lebaran yang bakal tiba.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More