Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Himpunan Doa Ringkas

Himpunan Doa Ringkas

Himpunan Doa Ringkas untuk amalan doa harian buat semua, termasuklah doa-doa untuk mempermudahkan urusan harian seperti ketika sedang belajar.

 

 

Himpunan Doa Ringkas

 

Berdoa merupakan antara sebesar-besar ibadah yang dianjurkan di dalam Islam. Bahkan ia disifatkan sebagai ‘otak’ atau teras bagi ibadah itu sendiri. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ

Maksudnya :         Doa merupakan teras bagi ibadah.          – Riwayat Al-Tirmizi (3371)

 

Begitu banyak anjuran dan galakan untuk berdoa seperti yang disebutkan oleh beberapa nas syarak. Antaranya adalah firman Allah S.W.T :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya : Dan telah berkata Tuhan kamu “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan’’.         – Surah Ghafir (60)

 

Meskipun begitu, doa dianggap sebagai suatu ibadah istimewa yang mempunyai adab-adab dan tatacaranya yang tersendiri seperti yang ditunjukkan dalam beberapa nas. Kami kongsikan di sini himpunan doa ringkas untuk amalan harian.

 

 

 

Untuk memastikan Allah memakbulkan doa, kita perlulah:

  1. Ikhlas ketika berdoa
  2. Merendahkan hati ketika berdoa
  3. Menyembunyikan doa
  4. Memastikan makan,minum dan pakaian kita dari sumber yang halal dan jauh daripada syubhat.

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap Himpunan Doa Ringkas ini dapat memberi sedikit panduan buat semua dalam adab-adab berdoa, dan doa-doa harian yang boleh diamalkan. Semoga Himpunan Doa Ringkas ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Doa Masuk dan Keluar Rumah

Doa Tidur (Hendak Tidur/Bangun Tidur)

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More