Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Templat Pelaporan PBD Tingkatan 3

Templat Pelaporan PBD Tingkatan 3 ini merupakan dokumen yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kegunaan sekolah rendah Tingkatan 3 yang telah digunakan sejak tahun 2017.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Templat Pelaporan PBD Tingkatan 3

Templat ini digunakan mulai tahun 2017 yang mana MENGGANTIKAN penggunakan templat pelaporan DSKP Tingkatan 3  yang telah digunakan sejak tahun lalu.

Panduan Menggunakan Templat Pelaporan PBD Tingkatan 3

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan panduan yang telah dinyatakan oleh BPK KPM dalam menggunakan templat pelaporan PBD ini :

MAKLUMAT AM

Templat Pelaporan PBD ini mengandungi 5 halaman (sheet ) :

  1. PANDUAN
  2. REKOD PRESTASI MURID
  3. LAPORAN MURID (INDIVIDU)
  4. DATA PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN
  5. GRAF PELAPORAN

PENGGUNAAN TEMPLAT

Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID . Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:

  1. Nama dan Alamat Sekolah
  2. Nama Guru dan Nama Kelas
  3. Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
  4. Nama Pentadbir
  5. Jawatan Pentadbir (Guru Besar/ Pengetua)

TAHAP PENGUASAAN

Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru hanya perlu merekodkan Tahap Penguasaan ini di halaman REKOD PRESTASI MURID sahaja dan seterusnya pelaporan individu murid akan dijana secara automatik di halaman LAPORAN MURID (INDIVIDU) untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN .

PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN

  1. Pentaksiran atau penilaian perlu dilakukan sepanjang masa semasa proses PdP berlaku yang berfokuskan kepada sesuatu standard pembelajaran yang dipilih ketika proses sesuatu PdPc. Tercapai atau tidak sesuatu tahap penguasaan boleh dikenal pasti melalui objektif PdPc berdasarkan standard pembelajaran yang dipilih. Murid yang tidak mencapai objektif standard pembelajaran tersebut akan diulang ajar oleh guru.
  2. Tahap Penguasaan murid akan ditentukan melalui pentaksiran atau penilaian yang dilakukan oleh guru semasa proses PdPc. Sebagai bukti pentaksiran tahap penguasaan murid telah dilakukan, guru boleh merekodkan atau mencatat tahap
    penguasaan tersebut untuk membantu guru mengisi templat pelaporan yang disediakan.
  3. Bagi tujuan pelaporan, guru hendaklah mengisi templat pelaporan yang disediakan oleh KPM sebanyak dua kali setahun iaitu pertengahan dan akhir tahun. Guru hendaklah memilih option di sebelah kanan bahagian atas halaman untuk menentukan pertengahan atau akhir tahun.
  4. Tahap penguasaan yang terbaik dilaporkan di dalam templat pelaporan tersebut bagi setiap kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Pelaporan ini sebagai rekod prestasi keseluruhan kemahiran bahasa yang patut dikuasai oleh setiap murid. Tahap Penguasaan ini ditentukan melalui pertimbangan profesional guru berasaskan setiap standard pembelajaran yang dipelajari oleh murid. Pernyataan setiap Tahap Penguasaan tersebut tercatat pada data Pernyataan Tahap Penguasaan.

Muat Turun Templat Pelaporan PBD Tingkatan 3

Muat turun Templat Pelaporan PBD Tingkatan 3 ini adalah pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah:

Isi Kandungan

TEMPLAT

SUBJEK

Templat Pelaporan PBD Tingkatan 3

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris 

Bahasa Arab

Bahasa Cina

Bahasa Iban

Bahasa Jepun

Bahasa Perancis

Bahasa Jerman

Bahasa Korea

Bahasa Kadazandusun

Bahasa Tamil

Bahasa Semai

Sains

Matematik

Sejarah

Geografi

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Pendidikan Seni

Pendidikan Muzik

Pendidikan Jasmani

RBT

Al-Lughah, Arabiah dan Muasirah

Al-Shariah

Hifz Al-Quran

Muharat Al-Quran

Usul Al-Din

Asas Sains Komputer

Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah!

SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MENDAPAT KOLEKSI TEMPLAT PBDYANG LAIN

Templat Pelaporan PBD Tahun 1

Templat Pelaporan PBD Tahun 2

Templat Pelaporan PBD Tahun 3

Templat Pelaporan PBD Tahun 4

Templat Pelaporan PBD Tahun 5

Templat Pelaporan PBD Tahun 6

Templat Pelaporan PBD Tingkatan 1

Templat Pelaporan PBD Tingkatan 2

Templat Pelaporan PBD Tingkatan 4

Penutup

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Templat Pelaporan PBD Tingkatan 3 memberikan manfaat kepada anda semua. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More